Review of Shampoo Santan : My Home Lab


*Gambar buih didalam gambar adalah dari sabun biasa atas tujuan ilustrasi semata-mata*

JENAMA: SHAMPOO SANTAN

PENGASAS: Rusni Shafiya (My Home Lab)
PRODUK: Shampoo Santan
TEMPOH PENGGUNAAN: 2 minggu

SEBELUM PENGGUNAAN:
Saya telah berhenti menggunakan produk syampu sebelum ini buat sementara waktu bagi menguji produk lain pula dan ternyata rambut saya kembali gugur dan boleh nampak di lantai, di sekitar kawasan meja solek, setiap kali syampu rambut, sikat rambut dan menguruskan rambut. Rambut terasa berminyak, dan susah nak diurus. Sedih betul, ni mesti sebab saya banyak berfikir dan bekerja.

SELEPAS PENGGUNAAN:
Keguguran rambut saya semakin berkurangan. Jelas kelihatan, helaian rambut di lantai juga tidak banyak seperti biasa. Namun saya merasakan sesuatu yang berbeza, iaitu rambut saya sedikit lembab walaupun sudah dikeringkan. Sesuatu yang baru namun rambut tidak terurai dengan cantik untuk saya keluar rumah. Keesokan harinya, saya cuba mengurangkan sedikit sukatan syampu ketika menggunakannya.Selalunya, selepas syampu, rambut akan terurai dengan cantiknya, tetapi kali ni tidak. Jom baca kat bawah sebab apa.

PENGALAMAN MEMBELI:
Saya beli dengan salah seorang ejen sah Home Lab. Namun respond yang diberi agak lambat. Berkemungkinan dia bekerja separuh masa. Apabila dia mula membalas mesej dan menganturkan temujanji, semuanya menjadi mudah dan saya menawarkan diri untuk pickup produk tersebut di rumahnya. Saya faham tidak semua orang pegang phone 24jam, tetapi kadang-kadang kita pun was-was samada dia ni masih jual ke tidak. Itu sahaja . Hubungi HQ My Home Lab untuk urusan pembelian : 018-2206339

PENGALAMAN PENGGUNAAN:
Buih Shampoo Santan agak sedikit berbanding dengan syampu biasa. Hal ini kerana saya percaya pengasas produk ini tidak mahu meletakkan agen pembuihan yang ekstrem & diperbuat dari sebatian kimia atas tujuan kesihatan rambut dan kulit kepala. Walaubagaimanapun, sebatian coconut oil sendiri adalah agen pembuihan semulajadi untuk membantu pengguna mencuci rambut dan kulit kepala seperti biasa.

Pengguna berkemungkinan akan mengguna sukatan syampu yang lebih dari biasa untuk mendapatkan buih, namun mengikut pengalaman saya menggunakan Shampoo Santan yang berlebihan mebuatkan rambut saya lembap dan tidak terurai dengan cantik. Saya nasihatkan agar membancuh syampu tersebut dalam bekas kecil bagi mendapatkan buih yang lebih untuk membasuh rambut dan kulit kepala.

HARGA:
RM 35 bagi satu botol syampu 300ml (ikut promo semasa kalau ada)

KANDUNGAN Shampoo Santan :
  • Menurut label, Shampoo Santan tidak(x)mengandungi paraben, silicone & SLS yang berkemungkinan memberi kesan buruk kepada manusia seperti kanser payudara, kekeringan rambut & iritasi kulit bagi kulit yang sensitif.
  • Sebelum santan dibancuh sekali didalam adunan, shampoo base dibuat terlebih dahulu menggunakan formula yang lengkap dengan meminimumkan pengunaan sebatian kimia.
  • Menurut label Shampoo Santan, terdapat guar gum & xanthan gum yang fizikalnya seperti gel. Antara tujuannya ialah untuk menghasilkan kelembapan rambut seperti menggunakan conditioner.
  • Menurut label Shampoo Santan , D-panthenol  mengandungi Vitamin B5 .Ianya bagi mencegah keguguran rambut dan mebantu folikel rambut untuk pertumbuhan anak-anak rambut.
  • Menurut label Shampoo Santan , Tocopheryl acetateyang mengandungi Vitamin E .Ianya mengandungi anti oksidan yang membantu tisu-tisu baru di kulit kepala dan juga folikel untuk pertumbuhan anak-anak rambut.
  • Jika anda tidak yakin dengan produk yang dirumus sendiri oleh pengasas, satu benda yang anda perlu ketahui, di zaman serba moden kini, pelbagai peralatan makmal untuk kajian produk mudah diperolehi dalam saiz dan bentuk yang lebih kecil kalau pandai cari berbanding peralatan industri untuk kilang-kilang besar.


KOMEN JUJUR:
  • Usaha untuk membuat produk natural dengan menggunakan sebatian kimia dengan sukatan yang paling minimum perlu diberi pujian.
  • Apa yang anda perlu tahu, sebatian kimia tidak bermaksud ianya merbahaya, sukatan dan kajian yang betul dapat menghasilkan sebatian kimia yang selamat. Walaupun saya menyokong produk natural, namun sebatian organik juga perlu dibancuh dengan betul bagi menghasilkan produk yang selamat digunakan. Konklusinya, sebatian kimia atau organic ianya perlu lah selamat digunakan. Namun, banyak pihak tidak mengtitik beratkan kesan jangka masa panjang apabila menghasilkan sesuatu produk, yang menyebabkan saya menyokong produk natural. Bebel panjang pula pasal orang lain. Sambung baca dibawah.
  • Pengunaan shampoo tanpa perlu menggunakan conditioner sekurang-kurangnya memudahkan pengguna dari segi penjimatan masa ketika mencuci rambut.
  • Komen dari segi harga, RM 35 untuk satu botol syampu bersamaan seperti membeli satu set shampoo & conditioner dari drug store. Walaupun sesetengah pengguna memberi komen RM 35 untuk satu botol syampu tampak mahal, hal ini kerana ianya termasuk kos bancuhan sendiri di rumah dan  upah ejen yang menjual produk tersebut. Jadi, keputusan di tangan anda.
  • Walaupun rambut tidak terurai dengan cantik kerana tiada kandungan silicone di dalam syampu, sekurang-kurangnya rambut pengguna tidak berdepan dengan risiko mendapat kesan rambut kering. Sesetangah silicone yang tidak larut dalam air umpama kita meletakkan plastik di rambut. Rambut kelihatan bersinar buat sementara tetapi akan mengalami kekeringan kerana tidak dapat kelembapan yang secukupnya.
  • Keseluruhan produk skor ⭐⭐⭐, saya bersetuju ianya merupakan salah satu solusi untuk mengurangkan rambut gugur dan mengurangkan kegatalan di kulit kepala.

 from NPL

Comments

Popular Posts