Review of Sugardoll By NN : Luxxe Hair Shampoo & Conditioner




JENAMA: SUGARDOLL BY NN

PENGASAS: Nabilah Nazib (NN)
PRODUK: Luxxe Hair Shampoo & Luxxe Hair Conditioner
TEMPOH PENGGUNAAN: 3 bulan

SEBELUM PENGGUNAAN:
Rambut saya terlalu kerap gugur, boleh nampak di lantai, di sekitar kawasan meja solek, setiap kali syampu rambut, sikat rambut dan menguruskan rambut. Rambut terasa berminyak, berat dan susah nak diurus. Rasa macam tak nak keluar rumah pun ada, geram betul ngan rambut ni.

SELEPAS PENGGUNAAN:
Keguguran rambut saya semakin kurang, rambut lebih mudah diurus dan tidak berminyak yang melampau-lampau, rambut terasa lebih ringan dan sihat. Jelas kelihatan, helaian rambut di lantai semakin kurang. Not bad jugak Sugardoll ni, berbaloi dengan harga.

PENGALAMAN MEMBELI:
Saya beli dengan salah seorang agent sah Sugardoll dan dia sangat membantu dari segi maklumat, pantas menjawab mesej walaupun ditengah malam, mesra dan selalu ceria didalam perbualan serta tidak memberi over promise dari segi hari postage Kalau dia pos hari khamis, hari khamis la ok, bukan hari jumaat baru nak pos. Search orangnya di Instagram akaun @sugardollbynn_putrajaya .

PENGALAMAN PENGGUNAAN:
Kandungan menthol(mint) dia membuatkan saya rasa rambut terasa segar! Saya mengikut arahan yang diberi iaitu ketika mengunakan shampoo, urutkannya dikulit kepala bagi mengeluarkan segala kekotoran yang tersumbat. Perlu dibiarkan beberapa minit sahaja tetapi saya biarkannya sampai 5 minit, barulah basuh dengan air (bagi tujuan penyerapan khasiat shampoo di rambut).

HARGA:
RM 79 satu set shampoo + conditioner (ikut promo semasa kalau ada)

KANDUNGAN Luxxe Hair Shampoo:
  • Menurut label, Sugardoll mengandungi campuran bahan-bahan sebatian organik seperti coconut oil, pisum sativum sprout extract (anagain), ginseng root extract & bamboo charcoal extract yang membantu pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat.
  • Menurut label, Sugardoll mengandungi Cocamide Dea, iaitu fatty acid dari coconut oil. Fungsi fatty acid adalah untuk melindungi kelembapan kulit kepala agar tidak terlalu kering sepanjang hari seperti kita menjaga kelembapan kulit muka.
  • Pertumbuhan anak rambut yang baru memerlukan sel-sel yang sihat. Fungsi anagain adalah untuk membesarkan saluran kapilari darah bagi merangsang sel & nutrien membentuk satu liang rambut baru untuk pertumbuhan anak rambut. Seperti yang sering diperkatakan oleh Sugardoll, jika hendak menanam pokok, perlu ada pasu, diikuti dengan tanah dan benih yang baik sebelum anak pokok boleh bercambah.
  • Menurut label, Sugardoll juga tidak(x) mengandungi paraben & silicon yang berkemungkinan memberi kesan buruk kepada manusia seperti kanser payudara.
  • Kandungan yang ditulis secara terperinci di label produk, kita dapat mengetahui bahawa ianya diperbuat di kilang yang memiliki sistem tertentu untuk membancuh bahan-bahan yang diperlukan. 
  • Bahan-bahan lain yang dirumus mengikut sukatan tertentu adalah, DI Water, Sodium Laureth Sulphate, Sodium Chloride, Polyquaternium-7, Polyquaternium-44, D Panthenol ,Fragrance, Citric Acid, Methylisothiazolinone.


KANDUNGAN Luxxe Hair Conditioner:
  • Menurut label, Sugardoll mempunyai kandungan Camellia Oil, antara sumber sebatian organik yang bagus bagi penjagaan kulit & rambut
  • Bahan-bahan lain yang dirumus mengikut sukatan tertentu adalah, DI Water, Cetearyl alcohol (and) dipalmitoylethyl hydroxyethylmonium methosulfate (and) ceteareth-20,Cetearyl alcohol ,Cetrimonium chloride, Polyquaternium and mineral oil, Methylisothiazolinone .



KOMEN JUJUR:
  • Saya bersetuju dengan statement yang diwar-warkan oleh Sugardoll, di mana produk berkandungan semulajadi sememangnya perlu mengambil masa yang lebih bagi menampakkan perubahan.
  • Set shampoo perlu diambil bersama set supplement bagi rawatan luar dan dalam. Saya bersetuju sememangnya perlu rawatan luar dan dalam bagi tujuan kesihatan, bukan sahaja untuk rambut malah untuk badan secara menyeluruh. Folikel rambut (liang rambut seperti kantung bagi mengeluarkan anak rambut), diperbuat daripada 20 jenis sel dalam sistem tubuh badan. Jika badan kita tidak sihat, bagaimana ianya dapat menghasilkan liang, anak rambut dan rambut yang kuat?
  • Botol conditioner agak susah nak digunakan kerana kelikatan produk yang tinggi dan tidak sesuai dengan jenis press pump round bottle (conditioner selalu stuck bila di pam).
  • Perubahan kulit dan kuku tidak jelas kelihatan bagi saya kerana kulit saya memang tiada masalah yang melampau dan saya hanya mengunakannya selama 3 bulan.
  • Keseluruhan produk skor ⭐ ⭐ ⭐, tetapi harga yang sedikit mahal membuatkan saya rasa produk itu perlu berada dalam elite market kerana medium market hanya mampu membeli sekali sekala tetapi kurang berkemampuan untuk terus mengunakannya dari masa ke semasa. Pilihan di tangan anda sebagai pengguna.


 from NPL

·     

Comments

Popular Posts