Review of Dr Anne Skincare : Trial Set For Oily / Acne Skin
JENAMA: DR
ANNETM SKINCARE
PENGASAS:
- PUAN NURHIDAYAH ROSLAN - PhD in GENETIC ENGINEERING & MOLECULAR BIO. (PROTEIN PATHWAYS/CANCER GENETICS)
- ZULKIFLI MUSTAFA - DOC VETERINARY MEDICATION & PhD in NEUROSCIENCE. (COGNITIVE NEUROSCIENCE & HONEY QUALITY)
PRODUK: TRIAL SET FOR OILY / ACNE SKIN
TEMPOH
PENGGUNAAN: 2 minggu
SEBELUM PENGGUNAAN:
Saya
dah lama mencari natural product untuk face cleanser yang selamat digunakan.
Dalam tempoh pencarian tu, saya berhenti menggunakan produk yang digunakan
sebelum ni. Bila tak pakai apa-apa cleanser dalam masa seminggu, kulit kembali
jadi kasar, macam kertas pasir pun ada. Bila pegang kulit muka, memang hilang
mood nak makeup . Lebih-lebih lagi kulit saya jenis berminyak, lagi senang la habuk
dan debu kotor terperangkap. Tona kulit pula tak berapa nak sekata dan kurang
bermaya. Saya pernah jugak beli natural
product jenama lain, product bagus tapi
harga beratus-ratus mahalnya, macam tak
berbaloi je setiap bulan kena spend ratus-ratus untuk pencuci muka sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN:
Selepas
menggunakan product Dr Anne, kulit muka saya kembali bersih. Boleh rasa segala
macam kekotoran diliang pori muka dapat dibersihkan dengan menggunakan
Cleansing Soap Dr Anne. Minyak dikulit muka tidak lagi keluar secara berlebihan
dan kulit terasa segar. Kulit muka saya juga kelihatan lebih bermaya apabila tak
ada lagi kulit-kulit kusam, dan tona kulit muka nampak lebih sekata. Liang pori
dikulit muka juga nampak mengecil dan kulit muka jelas semakin gebu. Rasa macam tak payah nak makeup sangat, dah boleh keluar
rumah. Happy betul!
PENGALAMAN MEMBELI:
Saya
beli dengan HQ Dr Anne. Pada mulanya saya menghubungi ejen Dr Anne dan dia
sangat membantu, cuma saya rasa lebih baik berhubung dengan HQ untuk
mendapatkan penjelasan lanjut mengenai produk. Hope
agent Dr Anne tak kecil hati. Kalau nak beli, boleh je contact HQ : 013 935
5507 atau salah seorang Ejen : 012 923
2536
PENGALAMAN PENGGUNAAN:
Ketika
menggunakan produk, Cleansing soap yang dipakai untuk mencuci muka kurang
mengeluarkan buih atas sebab pengasas tidak mahu meletakkan ejen pembuihan yang
terdiri daripada sebatian kimia secara berlebihan. Bau Cleansing Soap
betul-betul merangsang deria bau hidung kerana bau yang dikeluarkan seperti aroma
tumbuh-tumbuhan herba. Tips untuk gunakannya, letak sabun didalam satu bekas
yang tidak tertutup supaya ianya sentiasa kering selepas digunakan. Bagi
mendapatkan buih, letak sedikit air ditapak tangan dan gosok dengan sabun.
Kemudian, letak sabun ditepi dan tambah lagi beberapa titis air di tapak tangan
bagi membanyakkan buih untuk mencuci muka.
Treatment
serum & Anti Acne amat mudah digunakan. Letak setitis dua ditapak tangan
dan sapukan secara circular motion dengan lembut dikulit muka mengikut turutan
penggunaan produk. Lepas cuci muka dengan
sabun, letak treatment serum, kemudian baru letak anti acne. Tu pun kalau ada
acne ok.
Aroma Treatment Serum memang milky macam bau candy. Anti-acne
pulak mengeluarkan bau seperti herba yang membuatkan kita rasa bahawa ianya
memang serum untuk merawat kulit.
HARGA:
RM
59.00 untuk satu Trial Set For Oily/Acne Skin
KANDUNGAN & FUNGSINYA :
Menurut pengasas Dr Anne, berikut
merupakan kandungan yang ada di dalam Trial Set For
Oily/Acne Skin :-
- · Kandungan Cleansing soap for oily/acne skin :
o
green tea extract
o
tea tree oil
o
coconut oil
o
stingless bee
honey
o
french green clay
o
bentonite clay
o
vitamin E
- · Kandungan Treatment serum for oily/acne skin :
o
argan oil
o
sunflower seed
essential oil :
o
castor oil
o
jojoba oil
o
rosehip essential
oil
o
tea tree oil
o
ylang ylang
essential oil
o
ginger oil
o
frankincense
essential oil
o
rose essential
oil
o
chamomile
essential oil
o
lavender
essential oil
o
vitamin E oil
- · Kandungan Anti Acne Serum : Mempunyai kandungan yang sama dengan Treatment Serum, cuma dirumus dengan peratusan kandungan yang berbeza sahaja.
- · Kandungan Detox clay mask & honey for mask :
o
bentonite clay
o
french green clay
o
minerals
o
stingless bee
honey (madu kelulut): Lebahnya diternak menggunakan sistem yang direka sendiri
dan dinamakan sebagai MUSTAFA-Hives. Sistem ini telah dipatenkan. Kandungan
airnya rendah dan madu melalui proses dehidrasi tanpa haba dengan menggunakan
mesin HILDA. Median Hilda turut dipatenkan. Justeru, khasiat setitis madu
tersebut lebih tinggi berbanding madu kelulut yang biasa. Kenapa kelulut? Madu
kelulut mengandungi anti oksidan yang dapat memperbaiki pelbagai masalah kulit
seperti penuaan dan jerawat.
- · Fungsi kandungan secara keseluruhan amat lengkap untuk merawat kulit muka berminyak. Setiap satu kandungan organik yang ada mempunyai pelbagai kebaikan yang berfungi untuk:-
o
antioksidan di
kulit muka (kenapa perlu antioksidan? Sebab muka yang sering terdedah kepada
pelbagai pencemaran di udara menyebabkan macam-macam penyakit jadi kat kulit
muka termasuk la jerawat)
o
merawat jerawat
yang dah naik, baru nak naik serta parut jerawat
o
merawat jeragat
agar dia hilang di kulit muka
o
mencerahkan kulit
wajah
o
mengurangkan
sebum kulit agar minyak di muka tidak keluar secara berlebihan
o
mengecilkan
pori-pori kulit muka (bila minyak atau sebum di muka tak keluar berlebihan,
pori-pori pun mengecil)
o
memberi result
yang muka kelihatan segar sentiasa
KOMEN JUJUR:
- Secara jujur, saya mengambil masa yang lama untuk test dan kemudian release review ni. Sebab saya rasa produk Dr Anne adalah amat bagus, susah sikit nak cari ungakapan kata yang sesuai. Seriously!
- Kita mula dengan packaging. Trial set yang saya guna, memang betul-betul mengikuti ciri-ciri ‘trial’. Packaging nya ringkas dan bersaiz kecil. Comel sangat bila tengok botol anti acne tu!
- Saya membelek brochure Dr Anne berkali-kali dan saya dapat lihat inisatif untuk menggunakan packaging yang comel dan cantik memang jelas kelihatan, tapi mungkin boleh diperbaiki lagi rekaan brochure supaya kelihatan lebih setanding dengan produk berjenama mahal lain. Serum-serumnya berpenutup kilauan emas dan botol yang digunakan adalah amber bottle yang memberi imej ekslusif serta elegen.
- Saya seringkali cuba membuat research yang mendalam mengenai Dr Anne. Saya memerhati yang produk Dr Anne mempunyai banyak kelebihan untuk diketengahkan namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Contohnya, mesin lebah kelulut mereka diiktiraf oleh beberapa badan organisasi.korang tau ke pasal mesin ni? tak tau, kan.hehehe. baca di atas, saya ada tulis mengenai mesin HILDA.
- Saya pasti, Dr Anne banyak berkongsi mengenai khasiat kandungan produk bersama customer dan ejen-ejen yang berjumpa dengannya. Saya simpulkan, perkongsian mendalam banyak diberi secara lisan, mungkin.
- Dr Nurhidayah juga rajin berkongsi video yang direkod olehnya, video tersebut selalunya memuatkan mengenai ilmu kecantikan dan penjagaan wajah di sosial media. Bagi customer Dr Anne, mereka betul-betul memberi perhatian bagi setiap perkongsian yang ada namun masih lagi ramai yang belum tahu tentang produk Dr Anne. Sejujurnya, saya berharapan Dr Anne dapat meluaskan lagi marketing yang telah dirancang. Percayalah, produk yang telah terlaksana ni datang dengan sekumpulan pasukan yang bernas dengan idea namun tidak semuanya boleh dilakukan dengan sekelip mata, dan perlu banyak penelitian dalam segala aspek. It is a matter of time and financial plan. Instagram review pun kena bayar, apatah lagi marketing yang gempak-gempak.
- Kandungan secara saintifik dan terperinci tidak dinyatakan di label produk namun saya percaya kepakaran dan pengetahuan yang ada pada pengasas Dr Anne membolehkan mereka menghasilkan produk tanpa bahan kimia yang merbahaya seperti ejen pembuihan, SLS/SLES, paraben, silikon & merkuri.
- Saya ingin menyelitkan sedikit maklumat mengenai sabun. Anda perlu tahu bahawa untuk membuat sabun, anda perlukan sebatian kimia tiruan bagi mendapatkan fizikal sabun buku yang sempurna. Tak kan la campur oil ni, oil tu, dah Poof! dah beku jadi ketul sabun. Terlampau banyak longgokan produk sabun dipasaran, namun adakah produk tersebut betul-betul organik dan selamat digunakan untuk jangka pendek dan panjang? Sabun yang dapat memutihkan kulit anda dalam sekelip mata? Hmmm… Fikirkan semula, berkemungkinan ianya adalah sebatian kimia yang hanya mencuci dan menanggalkan sel-sel kulit mati sahaja, kemudian dilabel dengan tanpa rasa bersalah sebagai “memutihkan kulit” “dalam masa X hari!”. Yang pastinya, bahan tiruan berlebihan yang terkandung dalam produk-produk lain, hanya menghakis lapisan luar kulit kita. Terpulang kepada anda untuk menilai?! Ini bukan masanya untuk terpulang dalam menilai, sebab kita masing-masing hanya ada satu muka saja, Kalau bermuka-muka tu, lain cerita! jadi buatlah kajian bijak dan bacalah dengan lebih banyak.
- Berbalik kepada Dr Anne Skincare, ianya umpama keajaiban dan penemuan amat berharga kepada saya. Penyelesaian terbesar untuk masalah kulit saya yang berminyak. Saya tak akan menyesal dan ragu-ragu untuk berkongsi dengan kawan-kawan.
Saya sangat suka produk ni =)
ReplyDelete