Review of Sephia by Janna Nick : All In One Argan Oil



JENAMA: Sephia by Janna Nick

PENGASAS: Janna Nick
PRODUK: All-In-One Argan Oil
TEMPOH PENGGUNAAN: 3 bulan

SEBELUM PENGGUNAAN:
Terasa memerlukan sanitizer yang wangi sebab banyak bersalaman dengan orang atas tujuan kerja. Rambut asyik kering sebab kerap pakai hair dryer. Kerja saya memerlukan saya banyak berjumpa dengan orang. That’s why asyik jumpa dan salam je.

SELEPAS PENGGUNAAN:
Terasa lebih yakin nak bersalam dengan orang sebab tangan berbau wangi dan licin. Saya juga pakai sebelum memegang stereng kereta untuk mengelakkan stereng kereta kotor. Selain itu rambut juga tidak terlalu kering dan terasa dilindungi dari sinaran cahaya matahari . Saya kerap juga pakai ketika baru membelinya pada tahun 2016.

PENGALAMAN MEMBELI:
Saya beli dengan HQ Sephia pada ketika ia baru sahaja dilancarkan pada tahun 2016. Proses membeli saya boleh katakan, berjalan seperti biasa, iaitu selepas order, dapat postage. Tiada apa-apa masalah.  Hubungi HQ Sephia by Janna Nick untuk urusan pembelian : 017-7885950. Berkemungkinan juga HQ akan meminta ejen mereka untuk menguruskan pembelian.

PENGALAMAN PENGGUNAAN:
Saya suka bau wanginya, memang kena dengan jiwa. Macam ada bau Rose dan Jasmine. Cecairnya agak likat seperti berminyak namun apabila disapu di tapak tangan, dibiarkan seketika, tangan saya tidak rasa berminyak tetapi seperti ada satu lapisan meliputi kulit tangan.

HARGA:
RM 39.90 bagi satu botol 100ml

KANDUNGAN :
  • Menurut label, Sephia Argan Oil mengandungi Dimethicone, Cyclotetrasiloxane, Dimethiconol, Argania Spinosa Kernel Oil(Argan Oil), Fragrance dan Tocopheryl Acetate(Vitamin E). Ini bermakna, kandungannya bukan 100% Argan Oil. Ada campuran bahan lain dalam produk Sephia.
  • Dimethicone adalah sebatian berada dalam golongan Silicone. Mudah bagi anda untuk mengetahui kandungan silicone, iaitu di hujung perkataannya ada tertulis “cone”, seperti Dimethicone. Namun, ianya adalah water soluble silicone, iaitu dapat menyerap air. Walaupun ia dapat menyerap air dan selamat digunakan, tetapi ianya umpama satu lapisan plastik yang berada di atas kulit atau rambut anda bagi mendapatkan tekstur yang lembut dan licin buat sementara waktu. Jika anda menggunakannya terlalu kerap dan berlebihan, berkemungkinan akan menggangu sistem kulit dari segi perpeluhan dan pernafasan.
  • Cyclotetrasiloxane & Dimethiconol juga adalah sebatian didalam golongan Silicone walaupun hujung perkataan nya tiada ‘cone’.
  • Kandungan Argan Oil dan Tocopheryl Acetate(Vitamin E) adalah kandungan yang amat baik bagi penjagaan kulit dan rambut. Argan Oil digelar sebagai ‘liquid goal’ didalam penemuan industri kosmetik dan penjagaan diri. Ia dapat merawat pelbagai masalah kulit serta rambut.



KOMEN JUJUR:

  • Saya suka dengan bau dan fungsi silicone yang menyelaputi kulit seperti memakai satu lagi lapisan yang dapat melapik kulit tangan dari terpegang bahan bakteria yang sukar dilihat namun kerisauan saya adalah jika ianya dipakai berlebihan, berkemungkinan akan menggangu sistem badan dari segi pernafasan kulit dan perpeluhan.
  • Kandungan argan oil di dalam Sephia sememangnya dapat merawati pelbagai masalah penjagaan diri seperti rambut tidak bermaya, kulit kusam dan parut namun pemilik perniagaan Sephia tidak perlu menyatakan bahawa produk mereka adalah 100% argan oil di social media page mereka.
  • Produk Sephia adalah lebih kepada satu produk pelembap untuk penjagaan diri, bukannya untuk merawat masalah kulit mahupun rambut. Walaupun ianya berkesan, dikhuatiri penguna akan menggunakannya secara berlebihan dan memberi kesan buruk kepada diri kerana kandungan Silicone yang ada.

from NPL




Comments

Popular Posts