JENAMA: ELIANTO
PENGASAS: ELIANTO MAKEUP SDN BHD
PRODUK: TEXAS ALOE VERA SOOTHING GEL (99% Natural
Extract)
TEMPOH
PENGGUNAAN: 6 bulan
SEBELUM PENGGUNAAN:
Kulit
badan di belakang agak kasar dan berbintik-bintik kemerahan kerana berpeluh
seharian bekerja ke sana ke sini. Rasa macam
bukan kulit perempuan dah time tu.Haih...
SELEPAS PENGGUNAAN:
Kulit
seperti dipulihkan kembali oleh aloe vera yang ternyata memberi banyak
kebaikkan pada kulit , antaranya iaitu sebagai anti-bakteria dan juga pelembap
kulit. Tak pulih sepenuhnya tapi ok la dari
makin jadi teruk.
PENGALAMAN MEMBELI:
Saya
beli disalah satu kiosk Elianto, dan produk ini sering dijual dengan tawaran
‘SALES’. Sekarang dah tak banyak jual di Elianto kiosk, berkemungkinan
permintaan berkurangan kerana trend Aloe Vera tidak lagi ‘hit’ dipasaran. Jangan ingat baju je ada trend, bahan mentah semulajadi
pun ada trend ok.
PENGALAMAN PENGGUNAAN:
Jelas
sekali ia mengandungi bau aloe vera (daun lidah buaya) dan membangkitkan deria
bau kita menghirup sesuatu yang segar. Hal ini kerana, tumbuhan merembeskan
partikel oksigen yang memberi udara segar kepada manusia. Fizikal gel yang
tidak melekit, terasa sejuk dan cepat meresap ke dalam kulit membuatkan
pengguna selesa mengunakannya sebagai pelembap. TETAPI, adakah ianya meresap ataupun
lebih kepada meruap? Baca selanjutnya dibahagian kandungan dibawah.
HARGA:
RM
13.90 bagi satu bekas 300ml
KANDUNGAN :
- Menurut label, Texas Aloe Vera Soothing Gel mengandungi Aqua, Propylene Glycol, Alcohol Denat, Acrylic Acid/VP Crosspolymer, C12-15 Pareth-12, Phenoxyethanol, Sodium Hydroxide, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Tetrasodium EDTA, Parfum(fragrance) & Methylisothiazolinone.
- Saya dapat membuat kesimpulan disini, sebahagian daripada bahan-bahan formulasinya adalah sebatian bahan kimia tiruan bagi tujuan memelihara gel aloe vera supaya kekal sempurna tanpa kulat dan bakteria dalam jangka masa yang lama
- Propylene Glycol, adalah sejenis sebatian kimia yang mempunyai ciri-ciri meruap secepat mungkin ke udara. Justeru, pengguna merasakan seperti gel tersebut meresap ke dalam kulit. Walhal, mereka dikaburkan oleh pemeruapan Propylene Glycol. Macam nail polish remover, kan dia meruap ke udara kalau kita tak tutup penutupnya.
- Baunya ditambah dengan fragrance yang bersesuaian dengan kandungan aloe vera. Di mana, fragrance mempunya sebatian bahan kimia didalamnya. Namun saya percaya ianya adalah selamat digunakan.
- Walaubagaimanapun, pengguna tidak dinasihatkan untuk menggunakannya pada kulit muka kerana kandungan yang dirumus mengandungi sebatian kimia yang mungkin memberi ‘irritation’ kepada kulit. Lebih-lebih lagi kerana kulit muka adalah lebih sensitif berbanding kulit dibahagian badan lain.
KOMEN JUJUR:
- Mempunyai kandungan yang bebas dari pelbagai bahan kimia merbahaya adalah satu perkara yang disukai oleh pengguna. Namun kadangkala pengguna boleh salah faham apabila ada tertera pada label “Formulated in Korea”. Jika ianya dibaca sekali imbas, pengguna menjangkakan ianya dibuat di Korea, sebaliknya ianya dibuat di Malaysia dan menggunakan formula dari Korea. Bukan salah pengeluar atas perkara ini kerana ianya telah ditulis ‘formulated’ namun ianya merupakan salah satu trick marketing. Oleh sebab itu, produk ini dapat dijual dengan harga yang murah.
- Apa-apa pun, kita perlu yakin dengan produk buatan tempatan kerana tumbuhan aloe vera juga terdapat di Malaysia. Malah, ianya amat mudah ditanam dan dibesarkan.
- Walaupun ianya bertindak sebagai pelembap, tidak bermakna pengguna boleh gunakannya dimuka kerana kulit muka lebih sensitif berbanding dengan kulit badan. Maka, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan, dengan menyapu sedikit pada belakang tapak tangan dan biarkan seminit dua untuk sebarang tindakbalas yang tidak diingini. Namun, jika keadaan memaksa, seperti kulit melecur terkena benda panas ataupun terik matahari, eloklah disapukan dengan segera walaupun pada kulit muka bagi tujuan mengurangkan kulit melepuh. Hal ini kerana produk ini tidak mengandungi 100% pure aloe vera. Ianya dirumus dengan bahan-bahan lain bagi tujuan tertentu seperti berbau wangi dan boleh disimpan lama.
- Anda juga disarankan agar tidak terus menerus menggunakan gel ini sebagai sebahagian dari rutin harian kerana berkemungkinan terlampau banyak memberi badan anda menyerap sebatian kimia yang boleh menggangu kesihatan badan.
from NPL
The Citizen Promaster Titanium - Etn. - TikTok
ReplyDeleteDiscover The Citizen titanium 3d printer - Etn. 0 titanium hair clipper comments. titanium nitride coating service near me Get your tips from titanium alloy the expert Tipsters at TikTok. Discover. TikTok users like rainbow titanium to share and rate. Rating: 5 · 1 vote · Price range: $$